Monday 14 April 2014

Pertama Kali Daftar Anak Ke Tahun 1 Sesi Persekolahan

Assalammualaikum,

Alhamdulilllah baru sahaja selesai mendaftar anak ke Tahun 1 secara online! Walaupun anak lama lagi nak ke Tahun 1 (tahun 2016 nanti) tapi ramai yang nasihatkan supaya daftar sekarang supaya dapat la diterima di sekolah yang dihajati tu. Bagi yang tak tahu mulai dari tarikh 1 Mac - 30 April 2014 permohonan kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan 2015 & 2016 sedang dibuka secara online, jadi bagi mereka yang belum mendaftar anak untuk kemasukkan Tahun 1 sesi 2015 cepat-cepat la buat ye. Permohonan untuk anak bagi sesi 2016 pun boleh buat sekarang tapi kalau terlepas boleh la buat tahun depan.

ooo..sebelum itu, yang saya nak cerita ini adalah untuk negeri sekitar Selangor & Kuala Lumpur.

Bagi yang belum tahu, mudah sahaja, pergi ke laman ini http://apps.moe.gov.my/esppsel/ dan isikan borang permohonan secara online. Lepas selesai isi pastikan print borang permohonan tu untuk salinan kita dan untuk hantar ke sekolah. Nanti kita akan diberi no pin untuk memudahkan buat semakan kemudian. No ID pula adalah no mykid anak.

Dokumen- dokumen yang perlu dibawa dan dihantar ke pejabat sekolah yang dimohon untuk tujuan pengesahan adalah seperti berikut:

1. Surat Beranak Original/ Sijil Anak Angkat Original (asal & salinan)
2. Salinan Bil Utiliti (Bil Elektrik/ Bil Air/ Bil Telefon)
3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/ penjaga
4. Salinan Surat Nikah/ Cerai
5. Salinan surat Hak Penjagaan/ Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
6. Laporan Doktor & Kad OKU (jika berkaitan)
7. Sampul surat bersaiz 4"x9" beralamat sendiri dengan setem RM1

itu saja...sekian..

P/S: Nak jadi ahli Shaklee??? hubungi saya ye...

No comments:

Post a Comment