Sunday 16 February 2014

Set Kehamilan Shaklee - Zat Yang Penting Di Awal Kehamilan

Untuk 12 minggu terawal kehamilan ini adalah amat penting untuk bakal ibu mengambil diet seimbang untuk memastikan berada dalam keadaan yang sihat walafiat begitu juga dengan bayi yang bakal dikandung. Antara zat yang penting di awal kehamilan untuk perkembangan organ utama bayi ialah:

1. Asid folik
- merupakan salah satu unsur Vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.
- malah untuk wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum merancang.
- pengambilan asid folik ini perlu diteruskan sepanjang trimester pertama (12 minggu awal kehamilan) kerana ini adalah peringkat pertumbuhan organ-organ bayi berlaku.

2. Kalsium
- perlu diambil oleh bakal ibu untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi.
- dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu.
- ada kajian menyatakan kalsium dapat mengurangkan penyakit darah tinggi ketika hamil.

3. Zat besi
- penting untuk membantu membawa sel-sel darah merah (haemoglobin) dalam badan dan mencegah anemia yang sinonim bagi wanita hamil.

Ibu mengandung sangat disarankan mengambil supplemen
Kesemua zat yang penting disebutkan di atas boleh didapati dalam Set Kehamilan Shaklee. Set ini merangkumi Vita-Lea with Iron Formula, B-Complex, Vita-C & Osteomatrix. Berdasarkan pengalaman, pengambilan kesemua supplemen ini di awal kehamilan dapat mencegah keletihan yang sememangnya sangat penting bagi saya seorang suri rumah yang perlu menguruskan 2 orang anak kecil di rumah di samping melakukan kerja-kerja rumah. Yang paling menyeronokkan saya tidak lagi mengalami 'morning sickness' seperti kehamilan anak pertama dulu. Pengambilan B-Complex memang dapat mengurangkan rasa loya.

Sekiranya anda seorang wanita yang sedang hamil memang sangat disarankan mengambil supplemen tambahan. Set Kehamilan Shaklee yang sememangnya daripada sumber semulajadi, bukan sintetik adalah terbaik untuk anda dan bayi yang dikandungkan.

Hubungi saya:

SMS/ Whats App/ Call: 017-328 0302
Facebook: Zaheera Zaharin/ VIT-amin
Like page VIT-amin
Email: zaheerazaharin@gmail.com

Disclaimer: Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskipsi.

No comments:

Post a Comment