Thursday 28 November 2013

OsteoMatrix Shaklee - Hilang dah sakit tumit

Assalammualaikum..

Cerita ini berdasarkan pengalaman sendiri ye..

Sebelum mengambil OsteoMatrix Shaklee, tumit saya selalu sakit- sakit seperti lenguh..terutama bila bangun waktu pagi...terdetik di hati mungkin sebab masa saya berpantang dulu tak betul sebab selalu kena warning nanti urat masuk angin la, sakit-sakit tulang la..so agaknya sebab itu la saya sakit- sakit. (Moral of the story: dengar la cakap nenek & mak kita masa pantang..hehe)

Jadi saya mula la ambil OsteoMatrix Shaklee .. alhamdulillah saya perasan hilang sakit tumit tu..kalau tidak dulu memang jengkit- jengkit nak pijak lantai bila nak turun katil..jadi sampai sekarang saya teruskan makan OsteoMatrix Shaklee..Selain hilang sakit tumit, ianya juga membantu melawaskan pembuangan air besar..ni pun best!

Masa mengandung pun, doktor pasti akan suruh amik calcium kan, untuk membantu pertumbuhan tulang baby yang dikandungkan selain itu untuk mengelakkan ibu yang mengandung tu mengalami kejang otot atau kebas-kebas..masa menyusukan anak, ibu pun kena teruskan pengambilan calcium..

Formula utama OsteoMatrix Shaklee terdiri daripada calcium, Vitamin D3, magnesium, zinc, kuprum, manganese & boron. Setiap bahan pastilah ada kelebihan masing- masing. Yang penting, kaum perempuan adalah sangat- sangat disarankan mengambil calcium secukupnya dari usia muda remaja sebab kita ni terdedah dengan masalah osteoporosis...jadi dari muda remaja ambil la calcium secukupnya..kalau tak boleh nak minum susu setiap hari, telan je tablet Osteomatrix Shaklee yang sangat mudah untuk ditelan.

Istimewanya OsteoMatrix Shaklee ni sebab ia ada Vitamin D3 & magnesium..sebab apa? Sebab kedua-dua bahan ini la yang membantu meningkatkan penyerapan calcium dalam badan...


So siapa yang patut mengambil OsteoMatrix Shaklee ni?:
1) Wanita - muda remaja sehinggalah warga tua
2) Wanita hamil & menyusukan anak 
3) Mereka yang sukar minum susu sebab loya ke..so telan pil lagi mudah kan
4) Mereka yang selalu alami kekejangan otot 
5) Mereka yang ada masalah buang air besar



Sememangnya OsteoMatrix Shaklee menjadi pilihan saya sebab saya sangat pentingkan kesihatan tulang..tak nak la nanti dah tua menyesal tak ambil calcium dari awal..

Dapatkan OsteoMatrix Shaklee untuk diri anda hari ni dari MyHoneyBella sekarang..sementara stok masih ada! Sudah tentu harga menarik untuk anda...

Hubungi saya:

SMS/ Whats App/ Call: 017-328 0302
Facebook: Zaheera Zaharin/ VIT-amin
Like page VIT-amin
Email: zaheerazaharin@gmail.com

Disclaimer: Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskipsi.

Friday 11 October 2013

Vitamin Menyusu Shaklee; buat stok susu melimpah tak cukup freezer

Ada seorang kawan lama masa belajar dulu ada bertanya macam mana saya dapat menyusukan anak saya sampai setahun lebih sedangkan saya bekerja??..So saya pun cerita la yang saya mengambil vitamin menyusu Shaklee..Saya bagi tau kawan saya tu bukan senang nak maintain stok EBM lagi-lagi bila dah mula bekerja balik lepas pantang..menangis ada, risau ada..macam macam ada..

Sebelum saya beli vitamin menyusu Shaklee, saya ada la beli supplement lain juga, ada beli online & ada beli di kedai-kedai baby tapi perubahan yang saya alami tak sama seperti bila mula ambil vitamin menyusu Shaklee ni..

Sebenarnya vitamin menyusu yang saya ambil tu adalah untuk membantu sahaja..pada masa yang sama saya perlu konsisten mengepam susu badan semasa di ofis..memang saya akan pastikan saya akan pump 2-3 kali sehari di ofis..bila otak dah familiar waktu waktu biasa saya pump, automatically susu saya akan melimpah pada waktu berkenan...jadi cepat-cepatlah saya pergi ke bilik filing dan pump susu..maksudnya tak boleh la nak bergantung harap pada vitamin sahaja, kita sendiri kena usaha juga..

Bila mula mengambil vitamin menyusu, EBM saya meningkat..sehari boleh la dapat sampai 17-18oz..stok susu melimpah sampai tak muat dalam freezer..waktu tu pula menumpang rumah mama sebab suami bekerja di Miri. Mama bising la kan freezer dia dah penuh dengan stok EBM..nasib baik peti ais besar, 2 tingkat memang hanya untuk EBM saya sahaja..

Itu la dia penangan vitamin menyusu Shaklee sampai stok susu melimpah tak cukup freezer.. Saya memang bersyukur sangat Allah berikan rezeki dan peluang buat anak saya untuk menyusu badan lebih setahun..

Tuesday 3 September 2013

Tips Nak tambah Susu Badan

Assalammualaikum semua...

Haaa...macam mana nak tambah susu badan?? In sha Allah, kalau kita sentiasa berusaha mencari penyelesaian pasti Allah akan membantu..yang penting kene usaha la kan..


1) Sentiasa la berdoa agar dilimpahkan susu badan yang banyak agar kita dapat menyusukan anak sampai ke umur 2 tahun.


2) Fokus!..jangan cepat mengalah..percaya pada diri sendiri..selagi tak mencuba kita tak tahu kemampuan kita di mana..


3) Sabar...bukan perkara mudah nak mengekalkan penghasilan susu badan di tahap optimum agar anak kita puas menyusu walaupun kita bekerja..betul tak?..pelbagai rintangan dan dugaan..


4) Jangan cepat stress..sebab bila emosi kita terganggu, penghasilan susu badan pun akan terjejas..bagi ibu yang bekerja ini adalah satu dugaan bagi anda...


5) Dapatkan sokongan daripada suami...sokongan dari segi emosi & of course la physical..minta la tolong suami layan anak2 lain juga bila di rumah..sokongan daripada suami amat penting untuk meletakkan tahap kebahagiaan emosi kita di tempat tertinggi..


6) Ambil pemakanan yang berkhasiat..jangan la fikir nak jaga badan sangat kalau kita nak menyusukan anak..jangan risau, selagi kita menyusukan anak secara ekslusif, selagi tu la badan kita akan kekal slim..


7) Pengambilan vitamin dan supplement juga membantu untuk menghasilkan susu badan yang melimpah ruah...try Set Breastfeeding Shaklee


8) Disiplin...yes ini pon penting..


That's all tips daripada saya...nanti kita sharing lagi k..



Friday 2 August 2013

Syukur - Rezeki Allah membawa kami pulang ke semenanjung

Assalammualaikum...

Alhamdulillah...setelah 9 bulan menetap di Miri, Sarawak..akhirnya bulan berkat ini kami sekeluarga pindah semula ke semenanjung...termakbul jua doa kami agar dapat menetap kembali di kuala lumpur...syukur Ya Allah...

Pada awalnya tiket beli untuk balik hari raya tapi rezeki suami dapat offer kerja di kuala lumpur dan kene report duty 1st August...yang indahnya offer tu diterima pada birthday dia last June...memang gembira sakan la..

Bermula lah episod packing barang- barang nak bawa balik...sekarang ni pulak tengah serabut nak unpack pulak barang...tinggal beberapa hari lagi nak raya tapi rumah berselerak...

Tapi yang pasti lepas ni pasti lebih teruja untuk bercerita mengenai produk-produk shaklee...in sha Allah...

"YA ALLAH...KAU PERMUDAHKAN LAH URUSAN KU.....Amin..."

Tuesday 30 July 2013

Supplemen Untuk Wanita

Assalammualaikum,

Sebenarnya Shaklee ada offer pelbagai range of health supplements untuk semua orang mengikut keperluan masing-masing..tepuk dada tanya budget..hehe..tetapi di sini saya nak kongsi antara supplements yang biasa diambil oleh kaum hawa...

Shaklee GLA Complex – the most natural and the most effective


- Diekstrak daripada Borage seed di mana kandungan GLA (gamma Linolenic acid) adalah dua kali ganda lebih berbanding EPO di pasaran.
- Shaklee GLA Complex merupakan sumber terbaik asid lemak penting i.e. Omega -6 yang digabungkan bersama Sunflower Oil dan Vitamin E.

Bagaimana GLA Complex melegakan simptom PMS?
~ GLA akan membentuk prostaglandin (hormone-like compound) yang membantu mengurangkan simptom PMS seperti cramps, lenguh- lenguh, mood swing dll.

GLA Complex boleh bantu untuk hamil?
~ Dikatakan GLA membantu si isteri menghasilkan cecair mukus serviks yang subur serta membantu sperma si suami untuk hidup lebih lama di dalam Fallopian tube isteri...ini membantu meningkatkan kebarangkalian ovum/telur tersenyawa..
~ Dikatakan juga GLA membantu menguatkan dinding uterus untuk persediaan penempelan ovum yang telah tersenyawa..

GLA Complex disarankan diambil bersama Alfalfa Complex atau ESP atau kedua2nya sekali untuk mendapatkan hasil yang lebih menakjubkan...


Alfalfa Complex


- Alfalfa telah digunakan sejak zaman dulu lagi dan merupakan makanan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.
- Alfalfa dikatakan dapat merawat masalah keputihan pada wanita dan juga bertindak seperti kacip fatimah!
- Alfalfa adalah sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid.
- Alfalfa Complex membantu dalam proses pelangsingan badan dengan bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol dan menghapuskan lemak.


ESP


- Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
- Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai G.I tinggi manakala G.I rendah pula memecah dengan perlahan. Ini dapat mengekalkan paras gula yang rendah dalam darah dan membantu dalam proses pengurangan berat badan serta membekalkan tenaga berpanjangan.
- Kandungan asid amino/ protein yang tinggi membantu merawat dan membentuk sel2 baru badan - pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
- Merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot, megurangkan kedutan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot dan mengurangkan kesan parut.




Nak order? Dapatkan harga istimewa..hubungi saya:


SMS/ Whats App/ Call: 017-328 0302

FB: Zaheera Zaharin/ VIT-amin
Like page VIT-amin
Email: zaheerazaharin@gmail.com

Disclaimer: Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskipsi.

Sunday 14 July 2013

Kelebihan Menyusukan Anak

Assalammualaikum...

Selain dapat pahala, banyak manfaat kita dapat daripada menyusukan anak...yang pasti anak kita akan mendapat segala kebaikan nutrisi daripada susu ibu...Ikut pengalaman, anak no 2 yang sepenuhnya menyusu badan, memang sangat jarang nak demam, batuk or selsema...kalau demam pon masa nak tumbuh gigi...berbanding dgn kakak dia, mmg kerap demam, batuk & selsema...

Kalau pergi travelling sangatlah mudah, tak payah nak pack susu bagai...sebab semuanya dah ada kat badan ibu...hehehe..especially kalau naik flight, sumbat aje...confirm lena and tenang sepanjang journey..satu lagi kelebihan, ibu yang menyusu baby ni pasti lebih slim..

Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyusukan sepenuhnya Maisarah, lebih lama daripada jangkaan saya...and of course tidak akan ragu-ragu untuk breastfeed sekiranya dikurniakan rezeki olehNya sekali lagi...

Jadi, selagi ada peluang untuk menyusukan anak sepenuhnya...kita cuba lah..

Gambar di atas kredit kepada http://facebook.com/ibumengandung

 Murah rezeki anak ibu dapat minum susu ibu sampai setahun lebih...syukur Alhamdulillah..
Maisarah at 4 months


Sunday 7 July 2013

Persediaan Ibu Menyusu

Assalammualaikum...

Khas buat 1st timer...yg 2nd & seterusnya dah expert kot..hehe..

Sedikit perkongsian persediaan yang boleh dilakukan oleh para ibu yang nak mula mengepam  susu badan untuk baby...

Kenapa perlu pump susu badan?

Tentulah untuk mengumpul susu badan sekiranya kita nak teruskan breastfeeding baby kita bila dah mula kerja balik nanti. Bila kita dah ada stok EBM (expressed breast milk) senang la untuk kita teruskan penyusuan. So baby pon akan terus mendapat nutrien terbaik daripada susu ibu..satu lagi, tak perlu la nak beli susu tepung dah save budget setiap bulan...susu baby mahal sikit rasanya..Bila kita buat pumping, penghasilan susu badan tu akan jadi konsisten...especially masa dalam pantang..susu kita sangat banyak tapi baby bukannya hisap setiap masa kan...so untuk elak breast bengkak kita pump la..

Cakap pasal breast bengkak ni...haissshh..ms 1st baby, sy masih tak pandai psl pumping ni kan...jadi sy asyik demam je..sbb breast bengkak...sakit teramat...ketiak tak boleh kepit sbb bengkak...rs macam bola...hahaha..ble pegi klinik..kne pulak cek dgn doktor...aiisshhh malu nye...tp dah sakit sangat...ada org sampai bernanah la...so, pump la susu anda walau dalam pantang..

Apa yang diperlukan untuk mula proses mengepam susu badan?

Obviously, you need a breast pump la...yg saya tau ada 2 jenis breast pump, electric & manual..tp ada juga ibu2 yang selesa dengan pumping hanya guna tangan. Berdasarkan experience, 1st baby saya beli manual pump...memang sakit dan tidak banyak sgt hasil...plus  faktor pengetahuan tu kurang...jadi anak kedua, sy kumpul segala maklumat dan tips, invest on electric pump sbb mmg dah nekad nak breastfeed baby atleast sampai setahun..sy beli Medela Freestyler..mahal sikit tp takpe, nak pakai sampai anak ke-5 (in sha Allah)..sgt la puas hati dengan prestasi breast pump tu..yang guna tangan, make sure your hands are clean...kadang saya pump dengan tangan juga...bila malas nak pasang pump..hehehe..(ni kes nak cepat)

Coolant bag & coolant pack...selalu datang dalam package dengan breast pump tp kalau takde beli la kat kedai baby...kalau kat ofis, coolant bag & coolant pack ni amat la penting utk simpan susu sementara nak balik rumah..susu kene make sure di simpan dalam tempat sejuk lepas di pump..

You will also need botol atau plastik yg dh sterile (bole beli di kedai baby) or ada juga yg simpan susu dalam bekas tupperware yg kecik2 tu tp make sure la dh dibersihkan dulu..EBM ni kene simpan dalam freezer..kalau ada deep freezer tu lg best. Untuk 1-2 bulan, baby mnum sikit aje...dalam 2-4 oz sekali feed...so gradually akn increase...jadi untuk botol tu tak payah la beli yang besar2 sgt dulu...bole save space dalam freezer...bila dah minum banyak, boleh la pakai botol yg besar atau guna plastik...

Oowh...jgn lupa beli la nursing bra untuk mudahkan kita pump susu or even direct breastfeeding baby...nursing bra ni dia ada opening kat bhg depan bra..ada yg klip, ada juga yg button...so bile nak pump or direct breastfeeding just tarik aje bahagian yg bole buka tu...tak seswai la kalau kita pakai bra yg fancy2 tu kalau nak breastfeeding or pumping, rosak bra tu nanti..

Saya dulu beli gak breast pad...sbb selalu bile tgh buat kerja pumping susu kat breast kanan kang susu kat breast kiri memancut keluar...dh basah bra & baju..malu la org nnt tegur..takpon takut leaking kan...bila breast tu bengkak kita lambat nak pump nnt keluar susu jugak...Breastpad ada jenis yg boleh basuh pakai balik & ada yg pakai buang...so ikut keselesaan anda..

Macam mana nak pump & simpan EBM?

Kalau dah ada breast pump, senang aje, ikut direction. Letak shield atas puting dan boleh mula..pastikan anda relax masa pumping ni...baru lah proses pengeluaran lancar.. Medela Freestyler yang saya pakai dia ada stimulation suction..maknanya, ia akan mimic baby suction action pada awalnya then baru akan start suction susu..so awal2 tu akan terasa seperti baby yg  hisap susu..jadi bila ada stimulation mcm tu, susu yang keluar mmg memancut la...Untuk setiap breast boleh la di pump dalam 10-15 min setiap satu...ikut keselesaan...

Kalau kita kat rumah, dah habis satu sesi boleh la terus simpan dalam freezer...tp kalau kat ofis, boleh simpan dalam fridge kat pantry dulu...kalau xde fridge or malu nanti orang tanya, simpan dalam coolant bag yg ada coolant pack tu..bile dah sampai rumah nnt terus masukkan EBM dalam freezer. Jangan lupa untuk catatkan tarikh dan masa setiap botol/ pack susu perahan anda.

Lebih baik kalau kita store EBM kita ikut cukup2 keperluan baby minum setiap kali..let say, baby mnum 3 oz then simpan la cukup2 3 oz dalam botol or plastik...nanti senang bile kita nak panaskan and bagi  kepada baby. Kalau guna plastik, jgn la simpan penuh2 sgt, biar ada ruang untuk expansion bile simpan dalam freezer nnt..Kalau fridge kita jenis yg berpintu tu, jangan simpan EBM kat bahagian pintu freezer..simpan kat ruang dalam freezer tu sbb pintu kan selalu di buka & tutup..nnt EBM kita cepat rosak pulak...

Ada pelbagai pendapat untuk tempoh penyimpanan EBM tetapi menurut portal MyHealth KKM:
- EBM kalau disimpan pada suhu bilik (bukan dalam fridge or freezer) boleh tahan  4 jam.
- EBM yang disimpan di dalam ruang dalam fridge (fridge 2 pintu) boleh tahan 2-3 hari.
- EBM yang disimpan di dalam ruang dalam freezer (fridge 2 pintu) boleh tahan sehingga 3 bulan.
- EBM yang disimpan di dalam deep freezer boleh tahan sehingga 6 - 12 bulan.

* EBM sangat tidak digalakkan dan tidak sesuai di simpan di dalam fridge 1 pintu.

OK, sekarang macam mana nak bagi EBM yg telah disejuk beku tadi kepada baby?

1. Guna stok EBM yang paling awal terdahulu (sbb tu kene label dgn tarikh & masa kalau boleh).
2. Keluarkan dari freezer dan cairkan EBM yang keras tu dengan menyimpannya di dalam fridge semalaman..maknanye kalau esok nak bagi baby, malam ni before tido kuarkan stok dr freezer simpan dalam fridge pulak..
3. Bila nak bagi kepada baby, rendam botol dalam air panas kalau EBM tu dah siap2 dalam botol..kalau dalam plastik then transfer dalam botol susu pastu rendam dalam air panas..kalau ada heater, bole la guna...bile heater dh panas, off kan then rendam botol..jangan biar botol tu menggelegak sekali dgn air heater...JANGAN guna microvawe untuk panaskan or cairkan EBM...rosak la khasiat nye...EBM sangat sensitif terhadap haba..
4. Test EBM yang dah dipanaskan tadi degan titiskan kat tangan kita agak2 suam boleh la bagi kepada baby..
5. EBM yang tidak dihabiskan oleh baby setelah dipanaskan MESTI di buang...tidak boleh di sejukkan balik...sbb tu penting kita simpan EBM tu ngam2 dgn quantity baby sekali minum..takde la membazir..

EBM ni ada bau sikit..macam masam2 sikit baunya...but don't worry..it's perfectly fine..tu bau lemaknye...as long as you keep it refrigerated...and tak overheat kan EBM itu..it should be fine...

Bila nak start pumping breast milk ni?

My advise is as soon as possible...dalam pantang dah boleh start..sambil2 tengok tv, baby pulak tidur, breast dah bengkak...pump la...untung2 dapat dah 4 oz...tp semuanya terpulang la kepada individu..nak seribu daya.EBM boleh tahan 3 bulan dalam freezer, by the time kite start kerja dah ada stok sebulan lebih...bila dah start kerja just continue buat stok EBM...cuma kita tak tau kan, kang bila dah start kerja macam2 masalah timbul...susu mula merundum, stress sbb kerja dh banyak, masa pulak terhad nak lari pergi buat pumping...so better kita prepare awal2...bila dah start kerja boleh la start mengambil Set Breastfeeding Shaklee (refer sini Set Breastfeeding Shaklee) sesuai dengan keperluan semasa...sangat penting untuk ibu2 menyusu menjaga kesihatan semasa penyusuan bayi..

Selagi kita mampu dan terdaya untuk mengepam susu dan membuat stok teruskan...tanamkan azam dan tekadkan diri...dapatkan sokongan daripada suami...suruh dia sponsor Set Breastfeeding Shaklee..tolong menolong...i help u... u help me...hehehe...susu ibu dapat mencegah baby daripada pelbagai penyakit..demam, batuk, selsema, cirit birit..kalau ikutkan, banyak kos boleh di save kalau kita teruskan dengan penyusuan secara esklusif ni sampai baby 2 tahun..satu lagi, ibu yg menyusu pasti lebih langsing daripada biasa...betol..tak tipu..

Kita boleh buat pumping ni di mana2 saja...kebanyakan breast pump adalah mobile..so senang nak carry ke ofis..nnt instead of handbag, kite ada satu lg extra bag...

Ini lah salah satu pengorbanan yang kita boleh buat demi anak2...memang bukan senang..tp bila kita dah biasa, akan menjadi sgt senang...orang lain boleh takkan kita tak boleh kan..

Sesiapa sahaja boleh berhubung dengan saya kalau nak share information ke..nak share tips ke...nak share problem ke...ataupun nak bertanya pasal Set Breastfeeding Shaklee..no problem...in sha Allah kita boleh discuss..

Hubungi saya:

SMS/ Whats App/ Call: 017-328 0302
Facebook: Zaheera Zaharin/ VIT-amin
Like page VIT-amin
Email: zaheerazaharin@gmail.com

Thursday 4 July 2013

Harga Jualan - Set Breastfeeding Shaklee

Hi ibu/ayah...

Ibu berminat nak mencuba set breastfeeding? Suruh ayah belikan..hehe..nak tau brape harga setiap set yg ditawarkan?
Di sini saya sertakan gambar dan harga jualan bagi set-set yang ditawarkan utk Set Breastfeeding. Harga Jualan ye...itu harga Shaklee..yang PASTI, anda akan mendapat harga TERENDAH & BERPATUTAN bila membeli dengan saya...

Kalau nak tau harga setiap vitamin pon boleh, hubungi saya..in sha Allah, sy akan letak retail price utk setiap produk Shaklee nnt...

Kalau tak nak beli set, tp nak beli ala-carte pon boleh...

Apa yang penting, cepat2 hubungi saya di: 

SMS/ Whats App/ Call: 017-328 0302
Facebook: Zaheera Zaharin/ VIT-amin
Like page VIT-amin
Email: zaheerazaharin@gmail.com





Testimonial - Set Breastfeeding Shaklee

Assalammualaikum,

Nak share testimonial on Set Breastfeeding...





Sy akan upload lg testimonial dr masa ke semasa...


Untuk membeli Set Breastfeeding, hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa...kita bole share tips & kongsi pengalaman bersama...



Hubungi saya:

SMS/ Whats App/ Call: 017-328 0302
Facebook: Zaheera Zaharin/ VIT-amin
Like page VIT-amin
Email: zaheerazaharin@gmail.com

Tuesday 2 July 2013

Doa Untuk Banyakkan Susu Ibu

Assalammualaikum,


Di sini ingin saya kongsikan doa yang boleh dibaca oleh para ibu untuk banyakkan susu.. Bacalah setelah menunaikan solat ataupun ketika ingin menyusukan anak atau mengepam susu. Yakinilah dengan apa yang dibaca, in sha Allah dipermudahkan.



Seterusya amalkan surah Al- Baqarah ayat 60:



Bermaksud: 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Suplemen Tambah Susu Ibu - Set Breastfeeding Shaklee: Rahsia Susu Badan Melimpah Ruah

Assalammualaikum...

Anda ada tak mengalami situasi ni??

"Abang, susu badan ni makin sikit la...stok EBM (expressed breast milk) dah sikit...si Sarah ni makin hari makin kuat minum...macam mana ni??? ibu tak nak campur susu formula...macam mana ni???"

Itu la situasi saya hadapi masa saya sedang menyusukan anak kedua saya...akhirnya saya temui Set Breastfeeding Shaklee..saya bukan saja dapat kumpul 17-20 oz sehari (sgt cukup utk Sarah minum sehari) malah saya energetic kat ofis.

Set Breastfeeding ni mengandungi pelbagai jenis vitamin yang membantu dalam penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Ada beberapa set yang dicadangkan ikut keperluan masing2..

Set B (Set paling asas) 
- Set ini sesuai untuk ibu yg tiada masalah penyusuan tapi ingin kekal  bertenaga ketika menyusukan. 
- Set ini membantu membekalkan nutrisi dan zat kepada susu ibu secara tidak langsung kepada bayi.
- Ibu yang tidak bekerja dan tidak perlu buat stok EBM boleh ambil set ini.
Terdiri daripada:
Vita-Lea -- mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang memberi tenaga & kecergasan tubuh kepada ibu. 
B- Complex -- mengandungi 8 komponen penting vitamin B dan bertindak sebagai vitamin 'anti-stress'. Tiada stress maka susu dapat dihasilkan dengan lancar.
VitaC 500mg SR -- mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren (termasuk kulit) yang mana membekalkan kandungan vitamin secara berterusan. Ia membantu meningkatkan sistem imun tubuh agar ibu sentiasa sihat.
Alfalfa Complex -- merupakan perangsang & penggalak dalam penghasilan susu. Selain itu membantu melawan alahan dan menyingkirkan toksin.

Set E (Set Optimum)
- Terdiri daripada Set B + Osteomatrix
- Sesuai untuk ibu yang tiada masalah penyusuan tapi kekurangan kalsium dalam badan.   
- Kalsium adalah komponen penting dalam susu, sekiranya tubuh ibu kekurangan kalsium ia boleh mengakibatkan kerapuhan tulang dan kekejangan otot.
- Osteomatrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D yang apabila digabungkan terbukti secara klinikal meningkatkan penyerapan kalsium dalam tubuh.
- Osteomatrix dapat melegakan sembelit kepada ibu.

Set 3M (Set Premium)
- Terdiri daripada Set E  + ESP (Energizing Soy Protein)
- Sesuai untuk ibu yang mengalami masalah susu sikit, kerunduman stok EBM, nak menambah stok EBM untuk persediaan bila mula bekerja, kerap letih dan stress di tempat kerja yang boleh menganggu penghasilan susu.
- ESP menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Ianya baik untuk hormon dan merupakan pembekal tenaga segera. 
- ESP akan buat ibu lebih langsing dengan merangsang pembentukkan dan keanjalan otot, mengurangkn kesan parut dan kulit lebih cantik.
- Dengan kelebihan vitamin dan mineral lain di dalam set ini diambil bersama ESP akan membantu penghasilan susu badan dengan lancar dan lebih banyak.

Dengan pengambilan Set Breastfeeding secara konsisten, minum air secukupnya (3L),  mengamalkan konsep demand & supply, berdoa dan berusaha...In sha Allah susu badan akan melimpah ruah untuk bayi anda. Ramai yang telah mendapat manfaatnya. 

Hubungi saya untuk mendapatkan Set Breastfeeding serta consultation dan tips. Harga istimewa untuk anda...

Hubungi saya:

SMS/ Whats App/ Call: 017-328 0302
Facebook: Zaheera Zaharin/ VIT-amin
Like page VIT-amin
Email: zaheerazaharin@gmail.com








Disclaimer: Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskipsi.

Saturday 29 June 2013

Usaha Tangga Kejayaan - Exclusive Breastfeeding atau Penyusuan Secara Esklusif

Assalammualaikum...

Siapa ada niat nak menyusukan baby secara exclusive? sila angkat tangan ;p

Iyer betol, semuanya kene didahulukan dengan niat, kalau takde niat nnt takde usaha.. Nak cerita sikit mengenai pengalaman sendiri dalam exclusive breasfeeding ni...

Anak 1st, saya tak berapa mahir..niat dah ada tapi tak kesampaian sebab tak cukup ilmu dan informasi...jadi saya dapat breastfeed dia secara exclusive hanya dalam pantang...tapi untuk anak kedua, saya betul2 tekad nak cuba exclusive breastfeeding paling tidak untuk 6 bulan pertama...Alhamdulillah, saya berjaya menyusukan dia sehingga berumur setahun lebih, secara exclusive..

Nak tau macam mana saya capai niat saya ni?

1) Saya dapatkan banyak informasi dalam internet untuk tips- tips berguna dan saya cuba sediakan diri...

2) Invest sedikit duit untuk breast pump yg di rasakan terbaik untuk diri sendiri..walaupun mahal tapi amat berbaloi..(masa anak 1st beli yang guna bateri ... tu yang jadi malas nak pump sbb sakit)

3) Saya mula mengumpul stock susu sejak dari awal pantang lagi...saya buat tandem nursing (baby hisap breast kanan saya pump breast kiri and vice versa)..

4) Disiplin...jangan malas...dalam kepala ni selalu berfikiran positif, selalu fikir kebaikan menyusu untuk baby..

5) Berdoa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki dengan limpahan susu yang cukup untuk baby..

Dalam pantang semuanya smooth, saya berjaya kumpulkn stok EBM (expressed breast milk) cukup untuk beberapa bulan ... penting sbb nanti dh start kerja bukan senang nak curi masa buat pumping...

Bila pergi kerja saya akan pastikan yang saya akan buat pumping sebanyak 3 kali..setiap hari..kene jugak cuba..jadi bermulalah episode susu merundum...banyak faktor mempengaruhi...

Bila kita risau susu sikit, kita akan stress...bila stress lagi la tak keluar susu tu...tambah lagi dengan workload yg banyak tambah lagi stress..bila susu sikit, saya beli dan cuba pelbagai supplement traditional untuk menambah susu..tapi saya masih risau sebab sikit sangat perubahannya...sampai la satu hari terbaca pasal set Breastfeeding Shaklee...so saya beli dan cuba, saya ikut aturan pemakanan yang diberi..Alhamdulillah..saya berjaya mengumpul 18 - 20oz sehari!!!

So, saya share pengalaman saya dengan kawan2...Alhamdulillah...kalau dulu susah nak kumpul 4oz sekarang takde masalah nak dapat 20oz...kita kene berusaha...baru la kita dapat apa yang kita nak...

Jadi, siapa yang ada niat untuk exclusive breastfeeding..jangan ragu-ragu..anda pasti BOLEH melakukannya!!! ...

Jangan segan nak hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut Set Breastfeeding Shaklee ni ataupun untuk berkongsi tips-tips...saya ingin bantu anda untuk mencapai niat anda..

Hubungi saya:

SMS/ Whats App/ Call: 017-328 0302
Facebook: Zaheera Zaharin/ VIT-amin
Like page VIT-amin
Email: zaheerazaharin@gmail.com

Sedikit perkongsian...
Artikel daripada majalah i-Sihat




Wednesday 26 June 2013

Hello...Shaklee Independant Distributor in the houzzz!!!

Assalammualaikum...

Wahh..ni 1st time nak tulis entry blog..orang lain dah lama buat penulisan blog tp sy baru nak belajar..

Banyak yang ingin dikongsikan...In Sha Allah, bit by bit...

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, silakan...sy sedia membantu 
Antara Vitamin & Supplement keluaran Shaklee untuk anda (Shaklee Collagen Powder takde dalam gambar)